bendera kuala lumpur.gif (1453 bytes)

budakKL @ KL


SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2003

Aku tinggal di Kuala Lumpur.

Aku bukannya berasal di sini. Tapi takdir menentukan yang tempat aku mencari rezeki ialah di Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tak suka tinggal di bandar besar macam KL. Cukup jer dengan jam nyer... orang dah tak suka KL. Tapi bagi aku, aku gemar tinggal di sini. Kat sini mengajar aku banyak perkara.

Dalam ruangan galeri nie, aku attachkan beberapa gambar aku yang diambil di sekitar Kuala Lumpur.

Maklumat Mengenai Bendera Kuala Lumpur


Bendera Wilayah Persekutuan terdiri daripada 14 jalur berwarna merah dan putih. Jalur-jalur ini mewakili keahlian 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang terdapat di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan sabit menunjukkan Wilayah Persekutuan sebagai pusat perkembangan agama Islam dan sebagai agama rasminya. Warna biru tua mewakili pelbagai kaum yang terdapat di Kuala Lumpur. Warna merah melambangkan keberanian dan kesediaan Wilayah Persekutuan menghadapi cabaran untuk melahirkan sebuah bandar raya yang dinamik dan progresif. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Wilayah Persekutuan manakala warna putih melambangkan kesucian, kebersihan dan kecantikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar dalam taman.

 

lan05_masjid_jamek.jpg (77809 bytes)

Klik gambar untuk diperbesarkan.
Gambar kat sebelah nie diambil di tepi Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2001. Baju yang aku pakai tuh, baju Uno...hehehe..baju tuh dapat free kalau beli dua produk Uno. Amacam..cun tak?

lan09_rumah_terbuka.jpg (46410 bytes)

Klik gambar untuk diperbesarkan.
Gambar yang kat sebelah nie pulak diambil semasa Rumah Terbuka Malaysia sempena Deepavali 2001 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Awek yang kat sebelah tuh, bukan awek aku tau.... Dia sebenarnya pemain muzik jalanan. Dia tengah main sebuah alat muzik tradisional semasa gambar nie diambil. Cool kan?

 

asry_KL_01.jpg (21332 bytes)

asry_shot_02.jpg (25066 bytes)

Beginilah keadaan bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Dataran Merdeka pada waktu malam.
View of Sultan Abdul Samad's Building at the Merdeka Square during night.

asry_KL_02.jpg (28663 bytes)

Bersama pengawal Istana Negara, Kuala Lumpur. Gambar ini diambil di pintu masuk utama Istana Negara.
Beside me is one of the gatekeeper of National Palace, Kuala Lumpur.

asry_KL_03.jpg (33490 bytes)

Gambar ini diambil di Taman Burung Kuala Lumpur. Tahukah anda bahawa Taman Burung Kuala Lumpur merupakan taman burung dalam sangkar yang terbesar di dunia.
This pic was taken in Kuala Lumpur Bird Park. Did you know that Kuala Lumpur Bird Park is the world's largest covered bird park?

asry_KL_04.jpg (26882 bytes)

Gambar ini juga diambil di Taman Burung Kuala Lumpur. Di tangan kanan aku ialah seekor burung hantu dan di tangan kiri aku ialah seekor burung enggang. Nasib baik ler kedua-dua ekor burung ini jinak.
This pic was also being taken in Kuala Lumpur Bird Park. On my right hand was an owl where on my other hand is a hornbill.