Kerachut


Berkhemah adalah salah satu kegemaran aku. Aku tak kisah berkhemah berapa malam pun. Pernah juga aku berkhemah, tak sampai pun sehari.
Camping is one of my favourites. I don't care how many nights to spend during a camping. Even, I did camping not even a day.
Kerachut.jpg (23250 bytes)
Pantai Kerachut adalah sebuah pantai sunyi yang terletak di Pulau Pinang. Pantai ini jarang dikunjungi kerana untuk ke sini, seseorang perlu mendaki bukit. Pantai Kerachut menjadi tumpuan para pemancing dan nelayan.
Kerachut is a quiet beach situated in Penang. This place is not very much popular because to get here, one should climb hills. Those who love fishing always come to this beach to try their luck.
Aku ke sini pada tahun 1997 sebagai latihan sebelum mendaki Gunung Tahan.
I went to this place in 1997 as a training before hiking Mount Tahan.
Untuk datang ke sini, anda perlu menaiki bas ke Teluk Bahang. Sebelum mendaki, sila lapor diri di Balai Polis Teluk Bahang kerana pantai ini sering menjadi tempat pendaratan pendatang asing.
To get here, take a bus ride to Teluk Bahang from KOMTAR. Before hiking, report to Teluk Bahang's Police Station.
Jarak dari kawasan permulaan (Hutan Lipur Sungai Tukun) ke pantai ini adalah kira-kira 3 km. Jangan risau, trek dan kawasan rehat disediakan.
Distance from starting point (Hutan Lipur Sungai Tukun) to this place is about 3 km. Don't worry, jungle-trekking and resting places provided.
Tapi awas! Dalam laut tu, terdapat banyak ubur-ubur.
Caution! In this sea, there are lots of jelly-fish.