SEJARAH JALUR GEMILANG

The History of Jalur Gemilang

 


Merdeka, Merdeka, Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu Pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengahtengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Merdeka, Merdeka, Merdeka! - At 12.00 midnight on August, 30th 1957 at Merdeka Square (formerly known as Padang Kelab Selangor), the Jalur Gemilang (formerly known as Malayan Flag) being proudly risen replacing the Union Jack. It was the independence of our beloved country. Thousands of citizens from all around the country proudly witnessed the historical event.

The history of acceptance of Malayan Flag is through the Royal Council where in 1948, they decided the design of the flag.

A national competition was being organised to choose to new flag for Malaya (Malaysia's old name). The Federal Constitution Council was holding this competition in 1948. 373 people sent their entries where three of them where chosen to the final.

bullet

 

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh Akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet".

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M Raja-Raja Melayu dan Pegawaipegawai King George Vl.

The Federal Constitution Council invited citizens to choose one among the three designs. The final result was announced on November 28 1949. The design was the creation of Encik Mohamad bin Hamzah from Johor.

The Royal Council Meeting held on February 22 and 23rd 1950 were changing the design. On April 19th 1950, the Federal Constitution Council accepted the follows:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows: - Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet".

King George VI accepted the design of the flag on May 19 1950.

Jalur Gemilang Yang Baru

The New Jalur Gemilang

Jalur Gemilang adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalurjalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

The design of Jalur Gemilang is based from its former, The Malayan Flag.

[Sejarah Jalur Gemilang]
[The History of Jalur Gemilang]
[Keterangan Lambang Jalur Gemilang]
[The Meaning of Symbols on Jalur Gemilang]
[Lagu Patriotik]
[Patriotic Song]