Hari Raya 2002


ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)ketupat_ico.gif (308 bytes)

Pada tahun ini seperti tahun-tahun lepas, pada Hari Raya pertama aku akan beraya di kampung sebelah ayah di Perak. Pada Hari Raya kedua barulah aku akan beraya di kampung sebelah emak di Kelantan.

Persiapan raya pada tahun ini adalah sederhana sahaja. Untuk raya tahun ini, aku telah pun menempah sepasang baju Melayu berwarna biru tua. Baju raya untuk hari raya berikutnya adalah ala-kadar sahaja.

Juadah Hari Raya yang paling aku suka ialah lemang dengan rendang. Di negeri Perak, ada macam-macam jenis rendang. Dari rendang tok, rendang dinding dan sebagainya. Aku paling suka ialah rendang ayam kampung. Aku tak kisah sangat pasal ketupat. Tak ada ketupat pun tak apa, asalkan dapat pekena lemang. Di negeri Perak, ketupat biasanya dihidangkan dengan kuah kacang. Ketupat pula ialah ketupat nasi. Tapi kalau di Kelantan, ketupatnya ialah ketupat pulut yang dibungkus dalam daun palas.

Dari segi biskut raya, yang paling aku suka ialah tart nenas. Kalau ada satu balang atas meja tu, satu balang tuh boleh aku habiskan.

ketupat_hiasan.jpg (11484 bytes)

 

Pada pagi Hari Raya, biasanya aku bangun awal. Lepas mandi, aku akan terus memakai baju Melayu dan terus ke meja makan. Nak rasa lemang ler tuh. Lepas makan, aku terus ke masjid untuk menunai sembahyang sunat Aidilfitri. Lepas sembahyang, barulah kitorang adik beradik bersalam-salam dengan ayah dan mak memohon ampun dan maaf. Lepas tuh, kitorang sekeluarga biasanya akan menziarahi pusara datuk dan nenek. Selepas itu, barulah acara ziarah menziarahi bermula.

bersalaman.jpg (12157 bytes)

kunjung_mengunjung.jpg (23285 bytes)

Pada Hari Raya ini, aku akan bercuti selama 10 hari. Aku akan balik ke KL pada 16 Disember 2002. Jadi, kepada kengkawan yang hendak datang ke rumah aku, dipersilakan. Kita beraya selama sebulan kan?

Kepada kengkawan semua, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga bergembira di Hari Raya tahun ini.

[Kembali ke Laman Khas Aidilfitri]